Monday, 27 January 2020

3 Mahir Sembahyang Masuk Neraka


Keterangan

1. Lalai - Orang yang solat dalam keadaan lalai ,hatinya masih mengingati hal-hal dunia saat solat. Memang sukar bagi kita untuk menerima kekusyukan dalam solat, tetapi golongan yang lalai ini tidak cuba berusaha untuk menerima kusyuk dalam solat. Mereka hanya solat sambil lewa dan tidak mengambil berat dalam hal-hal solat. IMAM AL-GHAZALI menyatakan bahawa orang yang tidak khusyuk sembahyangnya ialah dikira sia-sia belaka, kerana tujuan solat itu selain untuk mengingati Allah SWT, ia juga berfungsi sebagai alat pencegah dari perbuatan keji dan mungkar. Apabila lalai saat menunaikan solat bererti orang tersebut tidak akan berasa gerun saat melaksanakan kasus keji dan mungkar.

2. Riak - Orang yang solat bukan kerana Allah tetapi kerana menunjuk-nunjuk kepada manusia, apabila orang melihatnya ia merasa bahagia tetapi jikalau ia keseorangan ia merasa malas.

3. Bakhil - Orang yang solat tetapi dalam masa yang sama ia tidak mengeluarkan zakat. Cinta pada hartanya sehinggakan kedekut untuk bederma kepada yang memerlukan.

*Sumber dari ahmadraje.blogspot.com
banner

Related Posts: