Ketiadaan Imam Untuk Solat Berjemaah
Dari Salamah binti al-Hurr r.a., Rasulullah SAW bersabda:
Akan tiba suatu zaman, orang ramai bangkit tegak beberapa masa. Mereka tidak sanggup memulakan solat berjamaah kerana tidak ada seseorang yang layak menjadi imam
(Hadis Riwayat Ibnu Majah)
Ulama Tidak Dipedulikan
Dari Sahl bin Saad as-Saaidi r.a., Rasulullah SAW bersabda:
Ya Allah! Jangan kau temukan saya dan mudah-mudahan kau (sahabat) tidak bertemu dengan suatu masa di mana para ulama sudah tidak diikut lagi, dan orang yang amanah sudah tidak disegani lagi. Hati mereka menyerupai hati orang Ajam (pada fasiqnya), pengecap mereka menyerupai pengecap orang Arab (pada fasihnya)
(Hadis Riwayat Ahmad)