Sunday, 26 January 2020

Hikmah Disebalik Larangan Meniup Air Minuman

Nabi saw bersabda, “Apabila kau minum, janganlah bernafas di dalam baskom (bekas minuman) atau meniupnya". (HR Bukhari)

Kajian menyampaikan bahawa apabila kita meniup makanan, karbon dioksida yang sepatutnya dikeluarkan dari tubuh akan menempel pada makanan/minuman dan masuk semula ke dalam badan. Udara ini tidak sepatutnya masuk semula ke dalam tubuh kerana dia akan menjadikan tulang rapuh, lemah tubuh dan pelbagai duduk kasus lagi.

Di sebuah Majlis Kimia di Indonesia, ada yang menjelaskan secara teori, apabila kita hembus nafas pada minuman, kita akan mengeluarkan CO2 iaitu carbon dioxide dan apabila bercampur dengan air H20, dia akan menjadi H2CO3 (asid karbonat), iaitu sejenis dengan cuka dan menjadikan minuman itu menjadi acidic. Ini membahayakan tubuh kita.

*Daripada pelbagai sumber
banner

Related Posts: