Wednesday 22 January 2020

Tujuan Dan Cara Menunaikan Solat Tahiyatul Masjid



Tujuan Menunaikan Solat Tahiyatul Masjid:
1. Sebagai cara memuliakan masjid yang merupakan rumah Allah. 
2. Memupuk sifat rendah diri dan beradab semasa berada di dalam masjid.
3. Menggalakkan umat Islam menerima pahala berganda saat di masjid.


Cara Menunaikan Solat Tahiyatul Masjid:

1) NIAT

أُصَلِّي سُنَّةَ تَحِيَّةُ الْمَسْجِدِ رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى
Maksudnya : Sahaja saya menunaikan solat sunat Tahiyatul Masjid 2 rakaat kerana Allah Taala.

2) Bacaan surah selepas Al-Fatihah:

-Raka’at pertama  – Al-Kafirun.
-Raka’at kedua     – Al-Ikhlas.

*Selepas itu berzikirlah lagi dengan lain-lain Istighfar, tasbih, tahmid, tahlil atau sesuatu zikir sehingga hingga mendengar azan.

*Sumber dari islamagamaku197.blogspot.com
banner
Previous Post
Next Post