Kuasa media boleh menyembunyikan prestasinya, begitulah keadaan ummat Islam saat ini. Mukmin yang soleh boleh menjadi tidak populer di mata orang ramai, namun sangat dikenali di kalangan makhluk langit, Insya Allah!
Kapten Shahnaz laghari ialah seorang juruterbang perempuan pertama di dunia yang berpurdah saat menjalankan kiprah menerbangkan pesawat. Beliau bisa untuk mengendalikan kapal terbang secara solo dengan berpurdah penuh.
Beliau ialah pemegang rekod dunia "Guinness Book of World Record" sebagai pilot perempuan pertama berpurdah penuh. Beliau juga merupakan muslimah pejuang hak asasi kemanusiaan di Pakistan yang memperjuangkan hak-hak perempuan dan pernah bertanding dalam pilihan raya di Pakistan pada tahun 2012 sebagai wakil rakyat.
Selain menjawat sebagai pengurus Persatuan Pilot Wanita Pakistan, ia juga menjalankan khidmat masyarakat dengan membuka sentra pendidikan percuma dan sentra latihan menjahit untuk kaum dhuafa Pakista .
Beliau turut aktif dalam menyertai jadwal persatuan-persatuan komuniti Islam Pakistan. Semoga Allah SWT melimpahkan kekuatan baginya untuk istiqomah di jalan usaha dan meraih kejayaan Islam, aamiin yaa Robb.
*Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber islampos.com