Friday, 24 January 2020

Umat Yang Sentiasa Menang

Hadith :

Dari Jabir bin Abdullah r.a katanya, beliau mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Sentiasa ada segolongan umatku yang selalu memperjuangkan yang hak. Mereka selalu menang hingga hari kiamat.

Huraian:

Islam bukan sekadar suatu perkataan yang disebut oleh pengecap sahaja, bukan pula bererti kelahiran seseorang di dalam sebuah negara tertentu yang disebut sebagai negara Islam dan memiliki lambang keislaman, juga tidak bererti kelahiran seorang yang ibu bapanya muslim.

Kita sering membicarakan perihal Islam akan menang, Islam akan tertegak tetapi apakah yang kita lakukan untuk menuju ke arah itu? Perjuangan menegakkan Islam masih belum berakhir.

Di manakah kita dikala saudara-saudara kita dihina, diinjak-injak, disembelih, diperkosa? Pernahkah kita kenangkan nasib mereka walau sedetik? Pernahkah pengecap mengucapkan doa kemenangan untuk mujahid-mujahid Islam ini?

Apakah proteksi kita untuk mereka? Sebenarnya bangsa atau umat yang menjadi pilihan Allah yang akan sentiasa diberikan kemenangan adalah bangsa muslim yang hidupnya terus memperjuangkan agama Allah sekalipun mereka berlainan bangsa dan warna kulit.

Inilah konsep yang unggul mengenai negara dan rupa bangsa yang sentiasa beroleh kemenangan dan abadi merdeka.

*Sumber dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
banner
Previous Post
Next Post